Program Keusahawanan PIK Lubok Antu (StreamYard)

1 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 31 Oktober 2020, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan Facebok live keusahawanan menggunakan aplikasi StreamYard. Program tersebut telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 3.00 petang. Program kali ini dihadiri seramai 12 orang peserta dari sekitar kawasan Lubok Antu.

Selaras dengan Norma baru, pihak PIK Lubok Antu telah membantu para usahawan terutamanya di Lubok Antu untuk mempromosikan produk jualan mereka secara dalam talian. Usahawan yang terpilih pada hari tersebut ialah Puan Regina anak Lambor dimana beliau bergiat aktif dengan menjual produk terbaru iaitu Premiun Borneo Coklat atau lebih dikenali dengan nama BORCO. Antara penekanan yang diketengahkan semasa Live tersebut ialah Pengenalan kepada Premium Borneo Coklat dan memberi maklumat jenis produk yang dipasarkan. Di samping itu juga, peserta diberikan maklumat bagaimana cara untuk mendapatkan produk BORCO. Di akhir aktiviti, staff PIK Lubok antu telah memberi pengulas produk tersebut untuk tujuan promosi. Sebagai tambahan, usahawan juga digalakkan untuk menggunakan video, live atau StreamYard untuk memasarkan produk mereka di Pusat Internet Komuniti Lubok Antu. Keutamaan juga akan diberi kepada usahawan yang mengalami gangguan internet di kawasan Lubok Antu

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Premium Borneo Chocolate (Borco)
2. Memberi maklumat tentang jenis produk Borco yang dipasarkan
3. Menyatakan cara untuk mendapatkan produk Borco
4. Pengulasan tentang produk oleh staf PIK Lubok Antu
5. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali